dna

Program Promosi Bioteknologi dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan asas dan memupuk kesedaran para pelajar serta guru-guru.

Malaysia telah mengambil langkah proaktif dalam menanam minat pelajar terhadap bidang bioteknologi.

Program ini telah dilancarkan pada 27 oktober 2001 di Sarikei, Sarawak.


BERITA TERKINI

Malaysia offers millions for biotechnology research

Bioteknologi pemangkin inovasi perladangan

RM2 bilion peruntukan R&D bioteknologi

Biotech potential for Kedah’s agriculture

TeAM: Bioinformatics to spawn innovation

Di Luar Lingkaran: Usaha bangun bioteknologi berliku

 


 

Tujuan

Program Promosi Bioteknologi adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru mengenai bioteknologi

Objektif

Pelajar dan guru dapat memahami lebih mendalam mengenai Bioteknologi
Dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan guru terhadap perkembangan bioteknologi semasa
Memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya bioteknologi
Menanamkan minat yang tinggi di kalangan pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains
Melahirkan pelajar yang peka mengenai isu semasa bioteknologi


Program

Ceramah 1 -Pengenalan Bioteknologi
Ceramah 2 -
Kerjaya dalam bidang bioteknologi

Ceramah 3 -Program Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Ceramah 4 -Program Pengajian di USM
Ceramah 5 -Promotion of Agro Biotechnology In UPM

Amali -

Pengekstrakan/pembelitan DNA Kromosom Bawang
Adakah bawang mempunyai DNA?
Memencilkan DNA dari bawang dan membelitkannya daripada larutan
Memerhatikan bentuk larutan fizikal DNA dengan mata kasar

 

Pencapjarian DNA - DNA fingerprinting
Jadilah seorang penyiasat!

Memperkenalkan teknik pencapjarian DNA - setiap orang mempunyai corak DNA yang berbeza
Mendedahkan pelajar kepada dua kaedah yang penting dalam analisis forensik iaitu elektroforesis dan pencernaan enzim penyekatan.

Permainan Liku liku DNA
Memberikan pengenalan serta lebih kefahaman kepada pelajar secara interaktif dan penemuan sendiri melalui permainan.

 

Slot Komputer
Memberi penerangan untuk pendedahan dan pemahaman pelajar tentang aspek-aspek berikut:
    > Aplikasi penggunaan bioteknologi
    > Personaliti bioteknologi
    > Struktur DNA
    > Kejuruteraan genetik
    > Projek Genom
    > Kerjaya dalam bioteknologi dll.

 

Permainan Dadu Gergasi
Permainan ini menerangkan mengenai fakta-fakta dan sumbangan bioteknologi kepada pembangunan ekonomi negara.

 

  Permainan Dolly Board dolly
Permainan ini menerangkan prinsip-prinsip pengklonan dan isu-isu sosial dan etika yang lahir dari proses pengklonan dan untuk mewujudkan suasana perbincangan dikalangan peserta.
 

Permainan Biotechnology Boardnew
arrow
Permainan ini menerangkan mengenai perkara-perkara asas berkaitan bioteknologi beserta contoh dan penerangan.

 

     


MOSTIBIOTEKUKMUSMUPMMARDIMGI
Portal Pengenalan Bioteknologi 2004 -2006 © Bahagian Bioteknologi Kebangsaan
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi